Sabtu, 4 Februari 2012

PENDAHULUAN

Sekolah merupakan tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan yang menghargai alam sekitar. Ini adalah kerana hanya di sekolahlah keperibadian dan persepsi manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan. Apabila sudah dewasa atau keluar dari alam sekolah, seorang manusia akan lebih sukar untuk dididik seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”.. Justeru itu, bagi merealisasikan hasrat murni ini, Sk Sandau Kinabatangan dengan keprihatinan yang tinggi telah merancang serta mengelolakan aktiviti-aktiviti serta program ke arah membentuk warga yang cintakan alam sekitar.

Objektif
  • Untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah.
  • Untuk memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah khasnya dan masyarakat setempat amnya.
  • Untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  • Untuk mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program Pendidikan Alam Sekitar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan