Ahad, 26 Februari 2012

PROGRAM

PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR 
SK SANDAU KINABATANGAN 
TAHUN 2012

tarikh : 1hb Februari 2012

Baru-baru ini, SK Sandau (  Jawantankuasa SERASI ) dengan kerjasama Kinabatangan Orang-utan Conservation Programme dan Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah telah mengelolakan satu Program Kesedaran dan Alam Sekitar bertempat di sekolah ini. 

Program tersebut dikelolakan bertujuan untuk :

1)    Untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan
       memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang. 
2)  Memberi pendedahan tentang flora dan fauna akan kepentingan serta ancaman yang dihadapi. 
3)  Untuk memupuk sikap positif dan cintak an alam sekitar di kalangan warga sekolah khasnya dan  masyarakat setempat amnya.

 Berikut ditunjukkan beberapa keping gambar semasa program berlangsung :



















PERMANDANGAN

TAMAN KAKTUS DALAM PEMBINAAN

LANDSKAP KOLAM DALAM PEMBINAAN

LAMAN SERASI SEDANG DI NAIKTARAF

LAMAN SERASI, PUSAT INFO ALAM SEKITAR

TUGU TAYAR 5R DALAM PEMBINAAN

TAMAN HERBA

TAMAN HERBA

PUSAT MEMPROSES BAJA KOMPOS

BAJA KOMPOS

CARTA ORGANISASI

JAWATANKUASA SERASI 
SK SANDAU KINABATANGAN 2012

PENASIHAT
PN. SALMAH BINTI MOHD YUNUS
GURU BESAR

PENGERUSI
PN. FATIMAH BINTI BAHARUN
PEN. KANAN HEM












TIMB. PENGERUSI 1                                                                     TIMB. PENGERUSI 2
PN.SABARIAHSALIMIN                                                                 EN. ZULKIFLI AG. PIUT
PEN KANAN PENTADBIRAN                                               PEN. KANAN KO-KURIKULUM
 SETIAUSAHA
EN. MOHD ROSLI ISMAIL
PENYELARAS 

SETIAUSAHA 2
PN. RODZIAH BINTI ARIF

 BENDAHARI
 PN. NOMAZIAH BINTI AG. HAMAT

Sabtu, 4 Februari 2012

PENDAHULUAN

Sekolah merupakan tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan yang menghargai alam sekitar. Ini adalah kerana hanya di sekolahlah keperibadian dan persepsi manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan. Apabila sudah dewasa atau keluar dari alam sekolah, seorang manusia akan lebih sukar untuk dididik seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”.. Justeru itu, bagi merealisasikan hasrat murni ini, Sk Sandau Kinabatangan dengan keprihatinan yang tinggi telah merancang serta mengelolakan aktiviti-aktiviti serta program ke arah membentuk warga yang cintakan alam sekitar.

Objektif
  • Untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah.
  • Untuk memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah khasnya dan masyarakat setempat amnya.
  • Untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  • Untuk mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program Pendidikan Alam Sekitar.